Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada
bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti. Itulah sedikit dari lagu Raihan. Lantaran
kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu
sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sakit daripada
cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang
lelaki yang….
1-KUAT AGAMANYA.
Biar sibuk macam mana sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah
pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan
Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun
dia pemuda paling miskin.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-unsur hakikatnya. Sopan tutur
kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada keluarga begitu
ketara.?
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya
sebagai seorang Islam seperti `rumah urut', disko, pub dan bar
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah
guna kuasa, lupakan saja si dia.
5-TIDAK BOROS
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap
nikmat yang ada dikonsi bersama mereka yang berhak.
6-TIDAK LIAR MATANYA
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang
ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
7-TERBATAS PERGAULAN
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki.
8-RAKAN PERGAULANNYA.
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
9-BERTANGGUNGJAWAB
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya
utk ibu bapak dan keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup
hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya.
10-TENANG WAJAH
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka.
Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dia tidak mudah
melenting dan tidak panas bara.
No comments:
Post a Comment