Tuesday, May 31, 2011

DOA APABILA TERGANGGU DAN TERKEJUT KETIKA TIDUR ATAU RASA KESEPIAN

" Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, azab-Nya, daripada kejahatan hamba-Nya daripada syaitan mendekatiku."

Saturday, May 28, 2011

Lapan belas dosa besar

Abu Thalib al-Makki RA mengatakan: “ dosa-dosa besar itu ada 18. Aku kumpulkan daripada sejumlah hadis. Dan jumlah yang aku kumpulkan ialah daripada kata Ibnu Abbas, Ibnu Masud, Ibnu Umar dan lain-lain.”

Empat dosa besar ialah pada hati:

  • Menyekutukan ( syirik ) dengan Allah SWT. 

  • Berkekalan atas perbuatan maksiat. 

  • Putus asa daripada rahmat Allah. 

  • Berasa aman daripada percubaan Allah SWT. 

Empat pada lidah:
  • Saksi palsu. 

  • Tuduh zina kepada orang muhsan. 

  • Sumpah palsu. 

  • Sihir. 

Tiga pada perut :

  • Minum khamar ( arak ) dan seumpamanya. 

  • Memakan harta anak yatim dengan zalim. 

  • Memakan riba 

Dua pada faraj :

  • Zina . 

  • Liwat . 

Dua pada tangan :

  • Membunuh. 

  • Mencuri. 

Dua pada kaki :

  • Lari dari barisan perang. 

  • Yang satu dari dua dan 10 dari 20. 

Satu pada seluruh tubuh:

  • Derhaka kepada ibu bapa.

Tuesday, May 24, 2011

Doa mengelak mudarat


“Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya itu tidak akan mendatangkan mudarat sesuatu pun sama ada di langit atau di bumi dan Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Monday, May 9, 2011

NASIHAT UNTUK WANITA


1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan
2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai
3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan
4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari
5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan


sekadar hiasan



RAWATAN ISLAM UNTUK MIGRAINE



Kepada mereka yang mengalami migraine. Sila cuba rawatan / petua ini :

Ambil daun misai kucing dan masukkan ke dalam segelas air yang baru mendidih. Minum waktu pagi dan malam sebelum tidur. Jumlah daun bergantung kepada penyakit. Sakit yang serius memerlukan jumlah daun yang lebih banyak.

Doa :
1. Al-Fatihah

2. Selawat Syifa’
“Allahumma sholli ‘alaa sayyidina muhammadin thibbal quluubi wadawaa ihaa wa’aa fiyatil abdaani wa syifaa iha waa nuuril abshori wadhiyo iha wa ‘alaa aalihi wassohbihi wabarik salam”
Maksud : “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad SAW, yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabatnya”

3. “La yu shod da’una ‘anha walaa yunzifun”
Maksud : “Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk”
Andait perlu menjaga makanan seperti yang disarankan oleh doktor, perlu ketenangan dan cukup tidur. Doa hendaklah dibaca pada pesakit dan bahan. Air dibuat mandi dan minum. Pesakit yang teruk hendaklah baring dengan menghalakan kepala ke arah kiblat. Zikir dengan tenang hingga air di seluruh tubuh kering sendiri atau sehingga tertidur.

pokok misai kucing





credit to : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA 

Saturday, May 7, 2011

Bersedekah Sebagai Tanda Bersyukur Dengan Rezeki Kurniaan Allah



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah S.W.T, sesiapa yang merasa berpada-pada maka diberikan Allah S.W.T kelegaan kepadanya.”

Riwayat Bukhari dan Muslim









Huraian
Pengajaran hadith:

i) Amalan memberi sedekah disifatkan sebagai penebus dan pelupus dosa dan ia merupakan pintu kebajikan yang boleh menghalang daripada api neraka. Orang yang suka bersedekah menunjukkan dia bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah di mana ia merupakan kunci utama ketenangan dan kebahagian hidup di dunia.
ii) Aspek yang terpenting dalam bersedekah ialah keikhlasan niat bahawa amalan itu adalah kerana Allah S.W.T semata-mata, tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk kononnya kita adalah seorang yang pemurah dan sebagainya.
iii) Tidak sewajarnya kita bersedekah kepada orang lain, sedangkan keperluan diri dan keluarga sendiri diabaikan. Oleh itu sebaik-baik cara bersedekah ialah ia dimulakan dengan orang yang di bawah tanggungan sendiri, keluarga dan sanak saudara kerana memberi kepada orang yang berhak itu adalah lebih utama.
iv) Bersedekah sesungguhnya akan memuliakan maruah seseorang sebaliknya meminta sedekah akan menjatuhkan maruah diri sendiri. Itulah sebabnya mengapa Islam menggalakkan umatnya agar berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki, bukan mengharapkan belas kasihan orang lain.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...