Monday, May 9, 2011

RAWATAN ISLAM UNTUK MIGRAINE



Kepada mereka yang mengalami migraine. Sila cuba rawatan / petua ini :

Ambil daun misai kucing dan masukkan ke dalam segelas air yang baru mendidih. Minum waktu pagi dan malam sebelum tidur. Jumlah daun bergantung kepada penyakit. Sakit yang serius memerlukan jumlah daun yang lebih banyak.

Doa :
1. Al-Fatihah

2. Selawat Syifa’
“Allahumma sholli ‘alaa sayyidina muhammadin thibbal quluubi wadawaa ihaa wa’aa fiyatil abdaani wa syifaa iha waa nuuril abshori wadhiyo iha wa ‘alaa aalihi wassohbihi wabarik salam”
Maksud : “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad SAW, yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabatnya”

3. “La yu shod da’una ‘anha walaa yunzifun”
Maksud : “Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk”
Andait perlu menjaga makanan seperti yang disarankan oleh doktor, perlu ketenangan dan cukup tidur. Doa hendaklah dibaca pada pesakit dan bahan. Air dibuat mandi dan minum. Pesakit yang teruk hendaklah baring dengan menghalakan kepala ke arah kiblat. Zikir dengan tenang hingga air di seluruh tubuh kering sendiri atau sehingga tertidur.

pokok misai kucing





credit to : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...