Di sebuah kampung terdapat sebuah pokok yang umurnya melebihi umur kampung
tersebut. Semasa kampung tersebut di buka, pokok itu telah wujud dan penduduk
menngambil keputusan untuk membiarkan sahaja sehinggakan ia menjadi semakin
membesar .
Sejak kewujudannya sehingga kini, pokok tersebut tetap berdiri teguh dan tidak
pernah menunjukkan tanda-tanda akan musnah walaupun seringkali di panah petir
dan dilanda banjir besar beberapakali.
Sehinggalah pada suatu hari secara tiba-tiba pokok itu gegur ke bumi dengan
sendirinya tanpa disebabkan punca-punca yang besar. Penduduk tertanya-tanya
mengapakah pokok itu boleh tumbang, sedangkan selama ini bermacam bencana yang
menimpanya, tetapi ia tetap berdiri teguh dengan penuh bangga. Setelah disiasat
oleh beberapa orang penduduk, mereka mendapati pokok itu tumbang kerana
disebabkan oleh sejenis serangga yang disebut kumbang yang telah memakan pokok
tersebut secara perlahan-lahan sejak sekian lama tanpa disedari oleh penduduk di
situ. Kumbang-kumbang itu telah memakan bahagian pokok itu yang selama ini
dibaluti oleh kulitnya yang keras itu. Akhirnya, dalam masa yang singkat, pokok
tersebut telah tumbang, tersembam ke bumi hanya kerana disebabkan
kumbang-kumbang yang kecil saiznya.

Dalam sebuah hadis yang mahsyur, Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"Jauhilah dosa-dosa kecil kerana jika ia telah bertompok-tompok pada seseorang
maka ia akan merosakkan orang itu "
Seorang hakim di Chicago bernama Dan Joseph Sabeth yang pernah menjadi penasihat
perkahwinan telah berjaya membantu 40000 pasangan yang tidak bahagia mengatakan
sebahagian besar ketidakbahagiaan dalam perkahwinan disebabkan oleh hal yang
remeh-temeh atau perkara-perkara kecil.
Manakalah Frank S. Hogan, seorang penguasa daerah di New York Country mengatakan
sebahagian kes-kes yang telah dilaporkan ke jabatannya berkaitan hal-hal yang
kecil saja seperti pertengkaran antara anggota keluarga, atau kerana disebabkan
selisih faham sehingga menyebabkan saling menghina antara satu sama lain, atau
kerana tersinggung, atau kerana terkesan disebabkan isyarat-isyarat badan. Dan
perkara-perkara kecil seperti di atas tadilah telah membawa kepada beberapa kes
besar seperti pergaduhan dan pembunuhan.
Di negara kita sendiri apa kurangnya. Sama seperti di Barat yang mana saban hari
di dada-dada akhbar dan seperti yang dilaporkan dalam berita di televisyen
tentang pergaduhan dan pembunuhan yang hanya bermula dengan hal yang kecil dan
kadangkala tidak masuk dek akal. Misalannya, bergaduh sehingga berbunuhan kerana
masalah perselisihan pendapat. Bila mula berbeza pendapat, masing-masing mula
menghina antara satu sama lain, dan akhirnya menyebabkan kepada pergaduhan yang
penamatnya menyebabkan salah seorang daripada mereka terkorban. Ini bukan cerita
dongeng, tetapi inilah realiti yang sedang melanda masyarakat di negara kita.
Mari kita fikirkan bersama, mengapa semua ini berlaku. Dari hal-hal yang kecil
dan remeh-temeh, akhirnya ia menjadi masalah besar dan membinasakan. Jawapannya
mudah sahaja, ini semua berlaku kerana kita sering memperbesarkan hal-hal yang
kecil sehingga menjadi besar dan seterusnya memusnahkan diri kita sendiri.
Contoh-contoh di atas menunjukkan kepada kita betapa hal yang kecil dan
temeh-temeh telah menyebabkan banyak perkara besar telah berlaku. Hal-hal kecil
dan remeh temeh ini perlulah kita tangani dengan berkesan agar ia tidak
menguasai diri kita....
No comments:
Post a Comment