Teringat satu ceramah yang mengatakan antara kandungan protokol Yahudi ada
mengatakan pihak yahudi sendiri mengatakan cara untuk menang dengan Yahudi
ialah;
" Apabila umat Islam solat jemaah di Masjid untuk solat Subuh seramai seperti
jemaah solat Jumaat"
Apakah maknanya?
Solat subuh adalah waktu yang singkat dan paling selalu ditinggalkan oleh orang
Islam kerana waktunya yang dinihari, waktu sedap tarik selimut. Apatah lagi
untuk pergi solat berjemaah di Masjid atau surau.

Solat berjemaah pada waktu-waktu biasa pun masih kurang walau pun masjid
tersergam indah tetapi terdapat beberapa saf sahaja yang datang berjemaah,
apalagi waktu solat subuh. Fenomena di Malaysia hari ini, walau pun pahit inilah
kenyataannya solat jemaah di Masijd dan surau hanya beberapa kerat sahaja yang
hadir berjemaah. Kadang-kadang hanya bilal dan imam sahaja yang berjemaah.
Yang tersirat dari kenyataan di atas ialah umat Islam mesti bersatu dan apabila
kuat iman di dada semua muslim dan sedar kepentingan solat berjemaah. Di zaman
Rasulullah SAW dahulu, kalangan sahabat akan memikul keranda di depan rumah
sahabat yang tidak solat berjemaah di Masjid. Begitulah kuatnya Islam di zaman
tersebut dan pihak Bani Israel pun pun tidak berani angkat muka...
No comments:
Post a Comment