Thursday, April 21, 2011

HOW TO LOVE LIKE MUSLIM?




Love freely like a petal blossoms into a red rose
Clouds cry with tears showering rain droplets 
Smile to see those tear flow down to feed the ground
Ground bursts to life in fruity rainbow colors 
Tender soft butter eyes glitter and soul enraptured 
Heart presented into your hand express it's light into emotions
Petals on your lips to convey sweet words like chocolate
A sparkle in your eyes for the tears dropping down
Shrivel up closely in the moonlight of love
Sublime ecstasy of sparkled incandescence 
Love according to the Sunnah of our Beloved
If the Angel of Death takes my soul remember

I dearly love you for the sake of Allah.

Author - Aaqib Ahmed

Wednesday, April 13, 2011

HAL REMEH - TEMEH





Di sebuah kampung terdapat sebuah pokok yang umurnya melebihi umur kampung
tersebut. Semasa kampung tersebut di buka, pokok itu telah wujud dan penduduk
menngambil keputusan untuk membiarkan sahaja sehinggakan ia menjadi semakin
membesar .
Sejak kewujudannya sehingga kini, pokok tersebut tetap berdiri teguh dan tidak
pernah menunjukkan tanda-tanda akan musnah walaupun seringkali di panah petir
dan dilanda banjir besar beberapakali.


Sehinggalah pada suatu hari secara tiba-tiba pokok itu gegur ke bumi dengan
sendirinya tanpa disebabkan punca-punca yang besar. Penduduk tertanya-tanya
mengapakah pokok itu boleh tumbang, sedangkan selama ini bermacam bencana yang
menimpanya, tetapi ia tetap berdiri teguh dengan penuh bangga. Setelah disiasat
oleh beberapa orang penduduk, mereka mendapati pokok itu tumbang kerana
disebabkan oleh sejenis serangga yang disebut kumbang yang telah memakan pokok
tersebut secara perlahan-lahan sejak sekian lama tanpa disedari oleh penduduk di
situ. Kumbang-kumbang itu telah memakan bahagian pokok itu yang selama ini
dibaluti oleh kulitnya yang keras itu. Akhirnya, dalam masa yang singkat, pokok
tersebut telah tumbang, tersembam ke bumi hanya kerana disebabkan
kumbang-kumbang yang kecil saiznya.


Dalam sebuah hadis yang mahsyur, Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"Jauhilah dosa-dosa kecil kerana jika ia telah bertompok-tompok pada seseorang
maka ia akan merosakkan orang itu "


Seorang hakim di Chicago bernama Dan Joseph Sabeth yang pernah menjadi penasihat
perkahwinan telah berjaya membantu 40000 pasangan yang tidak bahagia mengatakan
sebahagian besar ketidakbahagiaan dalam perkahwinan disebabkan oleh hal yang
remeh-temeh atau perkara-perkara kecil.


Manakalah Frank S. Hogan, seorang penguasa daerah di New York Country mengatakan
sebahagian kes-kes yang telah dilaporkan ke jabatannya berkaitan hal-hal yang
kecil saja seperti pertengkaran antara anggota keluarga, atau kerana disebabkan
selisih faham sehingga menyebabkan saling menghina antara satu sama lain, atau
kerana tersinggung, atau kerana terkesan disebabkan isyarat-isyarat badan. Dan
perkara-perkara kecil seperti di atas tadilah telah membawa kepada beberapa kes
besar seperti pergaduhan dan pembunuhan.


Di negara kita sendiri apa kurangnya. Sama seperti di Barat yang mana saban hari
di dada-dada akhbar dan seperti yang dilaporkan dalam berita di televisyen
tentang pergaduhan dan pembunuhan yang hanya bermula dengan hal yang kecil dan
kadangkala tidak masuk dek akal. Misalannya, bergaduh sehingga berbunuhan kerana
masalah perselisihan pendapat. Bila mula berbeza pendapat, masing-masing mula
menghina antara satu sama lain, dan akhirnya menyebabkan kepada pergaduhan yang
penamatnya menyebabkan salah seorang daripada mereka terkorban. Ini bukan cerita
dongeng, tetapi inilah realiti yang sedang melanda masyarakat di negara kita.


Mari kita fikirkan bersama, mengapa semua ini berlaku. Dari hal-hal yang kecil
dan remeh-temeh, akhirnya ia menjadi masalah besar dan membinasakan. Jawapannya
mudah sahaja, ini semua berlaku kerana kita sering memperbesarkan hal-hal yang
kecil sehingga menjadi besar dan seterusnya memusnahkan diri kita sendiri.


Contoh-contoh di atas menunjukkan kepada kita betapa hal yang kecil dan
temeh-temeh telah menyebabkan banyak perkara besar telah berlaku. Hal-hal kecil
dan remeh temeh ini perlulah kita tangani dengan berkesan agar ia tidak
menguasai diri kita....


DISEBALIK SOLAT SUBUH


Teringat satu ceramah yang mengatakan antara kandungan protokol Yahudi ada
mengatakan pihak yahudi sendiri mengatakan cara untuk menang dengan Yahudi
ialah;

" Apabila umat Islam solat jemaah di Masjid untuk solat Subuh seramai seperti
jemaah solat Jumaat"

Apakah maknanya?

Solat subuh adalah waktu yang singkat dan paling selalu ditinggalkan oleh orang
Islam kerana waktunya yang dinihari, waktu sedap tarik selimut. Apatah lagi
untuk pergi solat berjemaah di Masjid atau surau.


Solat berjemaah pada waktu-waktu biasa pun masih kurang walau pun masjid
tersergam indah tetapi terdapat beberapa saf sahaja yang datang berjemaah,
apalagi waktu solat subuh. Fenomena di Malaysia hari ini, walau pun pahit inilah
kenyataannya solat jemaah di Masijd dan surau hanya beberapa kerat sahaja yang
hadir berjemaah. Kadang-kadang hanya bilal dan imam sahaja yang berjemaah.

Yang tersirat dari kenyataan di atas ialah umat Islam mesti bersatu dan apabila
kuat iman di dada semua muslim dan sedar kepentingan solat berjemaah. Di zaman
Rasulullah SAW dahulu, kalangan sahabat akan memikul keranda di depan rumah
sahabat yang tidak solat berjemaah di Masjid. Begitulah kuatnya Islam di zaman
tersebut dan pihak Bani Israel pun pun tidak berani angkat muka...


TIKA ITU...


tika hati lalai dalam mengingatinya,

Dia tidak pernah jemu memberikan nikmat dan hidayah kepda hamba-Nya,

tika hati leka dgn nikmat yang diberi,

Dia memberiakn peringatan untuk kembali kepada jalan-Nya,

dan tika hati mula bertasbih,memupukkan rasa cinta kepada-NYA,

tika itulah Dia memupuk cinta kita sesama insan di dunia,,

insyaAllah,,

Saturday, April 2, 2011

6 PERKARA ALLAH S.W.T SEMBUNYIKAN



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:


"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."


Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.


"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 3000 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu:

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

9 MIMPI RASULULLAH S.A.W


Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.



2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.



3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.





4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.






5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.





6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.



7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS
KEPADA ALLAH SWT
 lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.



8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.



9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.




BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"






MEMBACA AYAT AL- KURSI SELEPAS SOLAT





Bersabda Rasulullah SAW:
‘’Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi pada penghujung setiap Solat Fardu (iaitu selepas solat), tidak akan menegahnya daripada masuk Syurga melainkan ianya meninggal dunia” 


(Hadis diriwayatkan oleh Imam Nasai’ dan Ibnu Habban dalam sahihnya daripada Abu Umamah)


Maksud hadis ini ialah, hanya mati sahajalah yang membolehkannya masuk ke Syurga, iaitu jika orang itu meningal dunia dan tempatnya ialah terus ke Syurga.


Di sana juga ada sebuah hadis sahih menerangkan bahawa Ayat Al-Kursi adalah ayat yang paling afdal, iaitu terbaik di dalam Al-Quran







Renung-renungkan dan selamat beramal.. (^_~)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...