Pada zaman Umar Ibnu Abdul Aziz, ada orang ingin memberinya hadiah, tetapi pemerintah Islam menolaknya. Mengapa?
Malah mereka yang memberikan hadiah itu berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pun menerima hadiah.”
Tahu apa jawapan Umar Ibnu Abdul Aziz? Katanya: “Hadiah pada zaman Rasulullah s.a.w adalah sebenar-benarnya hadiah, tetapi pada zaman sekarang ini, hadiah sudah menjadi rasuah.”
Dalamtu kisah lain, seoarang amil bernama Ibn al-Lutbiyyah dimarahi oleh Rasulullah s.a.w kerana sebaik pulang dari tugasnya mengutip zakat, dia membawa harta dan berkata: “ Ini untuk kamu dan ini mereka hadiahkan kepadaku.”
Mendengar kata-kata Ibn al- Lutbiyyah itu, Nabi s.a.w marah lantas bersabda: “ Cuba kamu duduk di rumah ibu bapa kamu sambil menunggu, adakah kamu diberi hadiah atau tidak?”
Yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w ialah Ibn al-Lutbiyyah tidak akan menerima hadiah tersebut kerana keperibadian, keakraban atau pertalian darah dengan orang yang memberikan hadiah itu. Sebaliknya dia mendapat hadiah itu kerana tugas sebagai amil, dan Ibn al-Lutbiyyah tidak berhak menerimanya.
Berpandukan kepada kisah-kisah ini, kita juga perlu berhati-hati apabila diberi hadiah. Tanyalah kepada diri berasaskan iman: Adakah ini mungkin dilarang oleh syarak?
No comments:
Post a Comment