Monday, February 27, 2012

20 fakta berkaitan al-quran


  1. 1.       Nama-nama al-Quran yang disebut di dalam al-Quran sendiri:
    Ø  Al- Furqan
    Ø  Al-Kitab
    Ø  Al-Zikr
    Ø  Al- Noor
    Ø  Al-Huda

    2.       Pertama kali al-quran diturunkan di:
    Ø  Gua Hira( Makkah)

    3.       Tempoh al-Quran diturunkan:
    Ø  Secara beransur-ansur selama 22tahun 2 bulan dan 22 hari

    4.       Jumlah surah yang diturunkan di Makkah:
    Ø  86 atau 19/30 daripada isi al-Quran

    5.       Jumlah surah yang diturunkan di Madinah:
    Ø  28 atau 11/30 daripada isi al-Quran

    6.       Apa beza ayat-ayat Makiyyah dengan ayat-ayat Madaniyah:
    Ø  Ayat-ayat Makiyyah lebih pendek,berjumlah 1456 ayat, lazimnya terdapat perkataan “yaa aiyuhannaas….” Dan bersangkutan hal-hal keimanan, ancaman dan pahala, kisah umat terdahulu dan pengajaran budi pekerti.
    Ø  Ayat-ayat Madaniyah berjumlah 4780 ayat, lebih kerap dimulakan dengan perkataan “ yaa aiyuhallazinaaamanu….” Dan mengandungi hukum-hukum.

    7.       Jumlah ayat sajdah ( ayat disunatkan sujud tilawah apabila dibaca) di dalam al-quran:
    Ø  15 ayat dalam 14 surah
    Ø  Terdapat 2 ayat sajdah dalam surah al-Haj.

    8.       Jumlah surah di dalam al-Quran:
    Ø  114 surah

    9.       Jumlah ayat di dalam al-Quran:
    Ø  6666 ayat

    10.   Berapa kali perkataan Allah disebut di dalam al-Quran:
    Ø  2698 kali

    11.   Semasa Rasulullah s.a.w wafat,terdapat berapa orang huffaz?
    Ø  22

    12.   Berapa kali al-Quran menekankan mengenai solat atau sembahyang?
    Ø  700
    13.   Berapa kali al-Quran menyebut mengenai zakat atau amal kebajikan?
    Ø  150

    14.   Nama nabi yang paling banyak disebut dan diperkataan di dalam al-Quran:
    Ø  Nabi Musa a.s

    15.   Apakah perkara-perkara  yang disentuh dalam al-Quran?:
    Ø  Tauhid kepada Allah, alam semesta, hari pembalasan, kisah umat terdahulu dan sebagainya.

    16.   Siapa orang pertama yang menghafaz al-Quran?
    Ø  Nabi Muhammad s.a.w

    17.   Berapa kali Nabi Muhammad s.a.w di panggil Yaa aiyu han nabi?
    Ø  11

    18.   Dalam surah mana Nabi Muhammad s.a.w dipanggil Ahmad?
    Ø  Surah As-Saf ayat 6

    19.   Siapa orang pertama yang mengira ayat-ayat al-Quran?
    Ø  Aisyah r.a

    20.   Siapa yang member nasihat kepada Saidina Abu Bakar agar mengumpulkan al-Quran?
    Ø  Saidina Umar al-Khattab

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...