Saturday, November 19, 2011

MENGELAKKAN PERASAAN RIAK



Imam Ghazali

1. Jika berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita. Ini kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila kita bertemu orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan,sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu orang kafir, katakanlah dalam hati bahawa pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan memeluk Islam. Maka segala dosa mereka akan diampunkan oleh Allah.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...