Saturday, November 26, 2011
Saturday, November 19, 2011
MENGELAKKAN PERASAAN RIAK
Imam Ghazali
1. Jika berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita. Ini kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila kita bertemu orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan,sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu orang kafir, katakanlah dalam hati bahawa pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan memeluk Islam. Maka segala dosa mereka akan diampunkan oleh Allah.
Tuesday, November 1, 2011
BULAN ZULHIJJAH
Dari Ibnu ‘Abbas r.a telah bersabda Nabi s.a.w:
i. Zulhijjah hari diampuni Allah akan Adam a.s. siapa yang berpuasa hari itu, Allah mengampuni segala dosanya.
ii. Zulhijjah hari dikabulkan doa Nabi Yunus dan keluar dari perut ikan Nun, siapa puasa pada hari itu seolah-olah ia beribadat setahun itu.
iii. Zulhijjah dikabulkan Allah doa Nabi Zakaria, barangsiapa puasa pada hari itu nescaya dikabulkan Allah doanya.
iv. Zulhijjah hari lahir Nabi Isa a.s., sesiapa berpuasa pada hari itu nescaya Allah menjauhkan dari padanya segala kesusahan dan kemiskinannya.
v. Zulhijjah hari lahir Nabi Musa a.s. siapa berpuasa pada hari itu, terlepas ia dari nifaq dan beroleh keamanan dia dari siksa kubur.
vi. Zulhijjah, hari Allah membuka segala kebajikan bagi Nabi-NabiNya, siapa berpuasa pada hari itu nescaya Allah memandang kepadanya kerahmatan.
vii. Zulhijjah, hari yang padanya ditutup segala pintu neraka dan tidak dibuka-buka sehingga tanggal 10 Zulhijjah, sesiapa berpuasa pada hari itu, nescaya Allah menutup daripadanya 30 pintu daripada kesempitan dan dibukanya 30 pintu dari kemudahan.
viii. Zulhijjah ialah hari yang dinamakan hari Tarwiyah, sesiapa berpuasa nescaya diberi ganjaran barang yang tidak diketahui orang melainkan Allah.
ix. Zulhijjah ialah hari Arafah, sesiapa berpuasa hari itu, adalah penghapusan dosa-dosanya setahun akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)