Huruf Bismillah ada 19 dan mempunyai khasiat tertentu kerana malaikat yang menguruskan neraka juga ada 19. Sesiapa membaca Bismillah dengan ikhlas dan yakin, nescaya terhindarlah diri daripada siksaan malaikat Zabaniah.
Sesipa menyebutnya banyak dalam satu maksud, khususnya untuk mendatangkan rezeki, nescaya diberi rezeki oleh Allah dengan mudah dan diberi kurnia kehebatan di hati manusia serta di sisi alam yang tinggi ( malaikat ) dan alam yang rendah ( manusia, haiwan dan lain-lain).
Sesiapa ya g membacanya ketika mahu tidur sebanyak 21 kali, amanlah ia pada malam itu daripada syaitan yang dikutuk, kejahatan manusia dan jin, kecurian, kebakaran, penyakit, mati mendadak dan terhidar daripada bencana.
Sesiapa yang membaca 100 kali atas apa juga penyakit atau orang kena sihir selama tujuh hari berturut-turut atau lebih, nescaya Allah akan hilangkan penyakit dan sihir.
Sesiapa yang membacanya 41 kali atas telinga orang yang tidak sedarkan diri, akalnya akan kembali ketika itu juga.
Antara khasiat lain, sesiapa membacanya di depan muka orang yang zalim atau hakim yang menyeleweng sebanyak 50 kali akan tunduk kepadanya dan merendah diri di hatinya serta timbul kehebatan atas diri pembacanya dan amanlah dia daripada segala macam kejahatan mereka.
Sesiapa yang membiasakan dirinya membaca mengikut hitungan abjad, iaitu 786 kali dengan berpuasa di dalam khalwat, ia lebih bagus dan lebih cepat untuk menghasilkan maksud dengan dikerjakan tujuh hari berturut-turut.
Sesiapa yang membiasakan membaca Bismillah sesudah solat Subuh sebanyak 2500 kali dengan iktikad yang betul dan untuk mendapatkan fadhilat serta khasiat di dalamnya, dibuka Allah pada hatinya suatu pembukaan ghaib dan ilmu laduni dan rahsia yang sangat asing.
Sesipa yang membiasakan membacanya atas jumlah demikian juga, dimudahkan Allah baginya anak Adam dan anak Hawa serta dapat berlaku apa yang diinginkannya.
Sesiapa yang membacanya 1000 kali setiap hari, disampaikan Allah hajatnya dengan mudah di dunia dan akhirat.
Jika yang membaca itu orang yang ditahan,dipenjarakan atau mendapat kesusahan, dilepaskan oleh Allah segala kesusahan jika membaca Bismillah sebanyak 1000 kali.
Demikian juga, sesiapa membaca 1000 kali Bismillah untuk mendapatkan kasih sayang antara khalayak ramai, perlu membacanya di gelas berisi air hujan dan diminum oleh siapa yang menginginkannya, nescaya ia akan dicintai.
Berkata Imam Ghazali R.M.T, :
” Barangsiapa yang membaca Bismillah 12000 kali diakhiri membaca setiap 100 kali solat dua rakaat. Kemudian diminta dan diucapkan pada hajatnya. Kemudian diulang kembali membaca. ”
Imam Ghazali berkata lagi:
“ Ketahuilah, khasiat Bismillah tidak terhitung dan tidak terhingga. Tetapi saya berpesan wahai saudaraku kerana Allah. Jadikanlah pada semua awal pekerjaanmu diawali dengan Bismillah. ”
Riwayat Ibnu Umar al- Khottob:
“ Barangsiapa mempunyai satu hajat, hendaklah ia berpuasa pada Rabu, Khamis dan Jumaat. Pada Jumaat ia mandi dan kemudian pergi ke masjid dan member sedekah kepada fakir miskin. ”
No comments:
Post a Comment