Friday, June 24, 2011

Kasihanilah dan tolongilah arwah saudara-saudaramu


(orang mati sentiasa berhajat kepada doa-doa untuknya)

“ kenangkan lah daku dalam doamu”

Rayuan ini bukan sahaja terpancar dari hati orang hidup terhadap orang hidup. Tetapi sentiasa dirayukan juga oleh orang mati.

Ini diterangkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Dali Rahmatullah, maksudnya:

“Orang-orang yang mati dalam kuburnya adalah seperti orang yang tenggelam , yang meminta pertolongan. Ia menunggu sampai kepadanya (rahmat) sesuatu doa dari anaknya, atau saudaranya atau sahabatnya. Apabila (rahmat) doa itu sampai kepadanya, maka tidaklah terkira sukacitanya dan dirasainya (rahmat doa itu) lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Sebenarnya hadiah orang-orang yang hidup kepada orang-orang yang mati ialah DOA DAN ISTIRFFAR (1) ”




Rayuan rohnya dengan saudara yang hiba dan mensayukan hati

Dalam hadisnya juga diterangkan, maksudnya:

“bahawa roh orang-orang mati datang beramai-ramai ke langit dunia pada tiap-tiap malam dan berhenti bertentangan dengan rumah masing-masing. Tiap-tiap satu roh diantaranya menyeru berkali-kali dengan suara yang hiba dan sayu, katanya:

“wahai ahli rumahku! Wahai kaum kerabatku dan anak-anakku! Wahai orang yang telah mendiami rumah kami, dan yang telah membahagi-bahagi dan menerima harta pusaka peninggalan kami, adakah sesiapa diantara kamu yang masih ingat kepada kami atau yang pernah memikirkan keadaan kami yang sedang berada di dalam barkzah? ….. Kenanglah kami dan bantulah kami dengan doa dan amalan-amalan yang soleh, semoga Allah member rahmat kepada kamu.”

Setelah puas menyeru dan merayu, kembalilah kumpulan roh itu ketempat masing-masing untuk datang lagi pada malam yang berikutnya.

Jika ada yang mendoakannya, kembalilah ia dengan gembira. Jika tidak, kembalilah ia dengan hiba dan hampa. (2)



Kedua-dua hadis ini menerangkan setakat mana berhajatnya orang yang telah mati kepada doa orang-orang yang hidup. Sebabnya untuk itulah kita diberi panduan dalam al-Quran (3) supaya tiap-tiap seseorang sentiasa berdoa memohon rahmat bukan sahaja bagi dirinya, ibu bapanya, dan kaum kerabatnya. Tetapi juga bagi umat islam umumnya, yang hidup dan yang mati (4)

____________________________________________________________________

Kitab A’anah al-thalibin ( 2:141) dan tanwir al-Qulub (217)

Hadis yang mensayukan hati ini disebut dalam : A’anah al-thalibin (2:144)

Diantaranya ayat 41 surah Ibrahim dan ayat 10 surah al-Hasyar

Jika si mati orang soleh maka doa itu dapat meninggikan darjatnya. Dan jika ia berdosa maka doa itu dapat menyelamatkannya dari azab ( atau meringankan tanggungannya) tanwir al-Qulub (217)



Dipetik dari:

Mustika hadis Rasulullah SAW

Jilid kedua: muka surat 429 dan 430.

Diterbitkan oleh: Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri



Disunting oleh :

Haji Mustafa Bin Haji Mohd. Rais

Kampung Hulu, Melaka

Thursday, June 23, 2011

Fadhilat ayat Bismillah

Huruf Bismillah ada 19 dan mempunyai khasiat tertentu kerana malaikat yang menguruskan neraka juga ada 19. Sesiapa membaca Bismillah dengan ikhlas dan yakin, nescaya terhindarlah diri daripada siksaan malaikat Zabaniah.

Sesipa menyebutnya banyak dalam satu maksud, khususnya untuk mendatangkan rezeki, nescaya diberi rezeki oleh Allah dengan mudah dan diberi kurnia kehebatan di hati manusia serta di sisi alam yang tinggi ( malaikat ) dan alam yang rendah ( manusia, haiwan dan lain-lain).

Sesiapa ya g membacanya ketika mahu tidur sebanyak 21 kali, amanlah ia pada malam itu daripada syaitan yang dikutuk, kejahatan manusia dan jin, kecurian, kebakaran, penyakit, mati mendadak dan terhidar daripada bencana.

Sesiapa yang membaca 100 kali atas apa juga penyakit atau orang kena sihir selama tujuh hari berturut-turut atau lebih, nescaya Allah akan hilangkan penyakit dan sihir.

Sesiapa yang membacanya 41 kali atas telinga orang yang tidak sedarkan diri, akalnya akan kembali ketika itu juga.

Antara khasiat lain, sesiapa membacanya di depan muka orang yang zalim atau hakim yang menyeleweng sebanyak 50 kali akan tunduk kepadanya dan merendah diri di hatinya serta timbul kehebatan atas diri pembacanya dan amanlah dia daripada segala macam kejahatan mereka.

Sesiapa yang membiasakan dirinya membaca mengikut hitungan abjad, iaitu 786 kali dengan berpuasa di dalam khalwat, ia lebih bagus dan lebih cepat untuk menghasilkan maksud dengan dikerjakan tujuh hari berturut-turut.

Sesiapa yang membiasakan membaca Bismillah sesudah solat Subuh sebanyak 2500 kali dengan iktikad yang betul dan untuk mendapatkan fadhilat serta khasiat di dalamnya, dibuka Allah pada hatinya suatu pembukaan ghaib dan ilmu laduni dan rahsia yang sangat asing.

Sesipa yang membiasakan membacanya atas jumlah demikian juga, dimudahkan Allah baginya anak Adam dan anak Hawa serta dapat berlaku apa yang diinginkannya.

Sesiapa yang membacanya 1000 kali setiap hari, disampaikan Allah hajatnya dengan mudah di dunia dan akhirat.

Jika yang membaca itu orang yang ditahan,dipenjarakan atau mendapat kesusahan, dilepaskan oleh Allah segala kesusahan jika membaca Bismillah sebanyak 1000 kali.




Demikian juga, sesiapa membaca 1000 kali Bismillah untuk mendapatkan kasih sayang antara khalayak ramai, perlu membacanya di gelas berisi air hujan dan diminum oleh siapa yang menginginkannya, nescaya ia akan dicintai.




Berkata Imam Ghazali R.M.T, :

” Barangsiapa yang membaca Bismillah 12000 kali diakhiri membaca setiap 100 kali solat dua rakaat. Kemudian diminta dan diucapkan pada hajatnya. Kemudian diulang kembali membaca. ”



Imam Ghazali berkata lagi:

“ Ketahuilah, khasiat Bismillah tidak terhitung dan tidak terhingga. Tetapi saya berpesan wahai saudaraku kerana Allah. Jadikanlah pada semua awal pekerjaanmu diawali dengan Bismillah. ”



Riwayat Ibnu Umar al- Khottob:

“ Barangsiapa mempunyai satu hajat, hendaklah ia berpuasa pada Rabu, Khamis dan Jumaat. Pada Jumaat ia mandi dan kemudian pergi ke masjid dan member sedekah kepada fakir miskin. ”

Monday, June 20, 2011

Pemurahnya Allah kepada hamba-hambaNya

Berkata Abu Hurairah R.A. bahawasanya Nabi S.A.W. telah bersabda : Allah telah berfirman : “ Wahai anak Adam! Selama engkau menyeru dan mengharapkan-Ku, Aku tetap akan mengampunimu diatas segala yang engkau lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Jika engkau datang kepada -Ku dengan kesalahan sepenuh bumi dan engkau menemui-Ku sedang engkau tidak menyekutukan-Ku dengan sesuatupun, nescayalah Aku akan mendatangimu dengan keampunan sepenuh itu juga.”

( Riwayat Ibnu Najjar ) 


Huraiannya :

Hadis ini menunjukkan betapa Pemurah-Nya Allah SWT terhadap sekalian hamba-Nya. Dia bersedia mengampuni semua dosa dan kesalahan mereka selama mereka mengangakat tangan menyeru-Nya dan mengharapkan keampunan daripada-Nya.Bukan itu saja. Malah disebutkan sekali,andainya dosa dan kesalahan hamba-Nya itu sepenuh bumi dan langit sekalipun. Dia bersedia memaafkannyamasalkan hamba itu tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.

Dengan itu,fahamlah bahawa dosa syirik atau menduakan tuhan itu adalah dosa yang tiada keampunan sama sekali.

Saturday, June 11, 2011

Enam perkara


Daripada Abu Hurairah RA katanya. Rasulullah SAW bersabda:
“ Segeralah kamu beramal sebelum terjadi enam perkara:
  • Sebelum matahari terbit dari sebelah barat.
  • Keluar asap atau kabus.
  • Keluar Dajal.
  • Keluar Dabbah ( binatang melata ).
  • Peristiwa yang menimpa dirimu sendiri  ( maut ).
  • Peristiwa yang menimpa orang ramai ( kiamat ).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...