Sheikh Syaqiq al-Balkish bertanya kepada muridnya Hatim al-Asam:
" Sudah berapa lama awak belajar denganku?"
Jawab Hatim:
" tiga puluh tiga tahun,guru."
Tanya Syaqiq:
" Berapa banyak ilmu yang kamu petik?"
Jawab Hatim:
" Hanya lapan masalah sahaja".
Terkejutlah gurunya seraya berkata:
"tiga puluh tiga tahun hanya lapan masalah?"
Jawab Hatim:"benar guru.saya tidak berdusta".
Gurunya,Syaqiq berkata:
" sila sebutkan lapan masalah tersebut".
BERAMAL DENGAN LAPAN MASALAH
- aku lihat kepada makhluk. setiap orang mempunyai barang kesayangannya tetapi bila sampai ke kubur,nescaya berpisah. justeru aku jadikan kesayanganku segala kebajikanku supaya ia kekal bersamaku dalam kubur.
- aku lihat firman Allah SWT yang bermaksud: serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu.(al-Nazi'at: 40). justeru aku bersungguh-sungguh mujahadah nafsu hingga stabil dalam ketaatan kepada Allah SWT.
- aku lihat setiap orang mempunyai barang yang berharga yang disimpannya. kemudian aku lihat ayat Allah SWT yang bermaksud: (Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal.(an-Nahl:96). Tatkala dapat bagiku sesuatu yang berharga nescaya aku hadapkannya ( kepada Allah dengan bersedekah ) supaya sentiasa kekal di sisiku.
- sesungguhnya aku lihat ramai manusia bermegah dengan harta kekayaan,nasab keturunan dan kemuliaan. Sedangkan semuanya tiada nilai. Lantas aku lihat firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya di antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).(al-Hujurat: 13).justeru aku beramal untuk bertakwa supaya aku mulia di sisi-Nya.
- Sesungguhnya aku lihat manusia saling berhasad dengki. Kemudian aku lihat firman Allah SWT yang bermaksud: Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini,( setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita). ( al-Zukhruf: 32). Justeru aku tinggalkan hasad.
- Aku lihat kebanyakkan mereka saling bermusuhan. Kemudian aku lihat firman Allah SWT yang bermaksu: Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu,maka jadikanlah dia musuh ( yang mesti dijauhi tipu dayanya). (al-Fathir: 6 ). Justeru aku tinggalkan permusuhan dengan mereka dengan hanya menjadikan syaitan sahaja sebagai musuh.
- Aku lihat manusia sanggup menghina diri kerana mencari rezeki. Bila aku lihat firman Allah SWT yang bermaksud : Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak d bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya. ( Hud: 6) justeru aku sibukkan dengan apa yang menjadi amanahku dan meninggalkan urusan rezeki kepada Tuhanku.
- Aku lihat mereka bergantung kepada perniagaan hasil buatan dan kesihatan mereka tetapi aku bertawakal kepada Allah.
Jawab gurunya.Syaqiq:
" Sesungguhnya aku lihat Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Dan inilah intipati kitab samawi yang empat ini. siapa yang beramal dengan lapan masalah itu nescaya dia beramal dengan keempat-empat kitab".
iktibar daripada kisah ini:
- hakikat kehidupan ini adanya noktah yang selepas itu dikira,sama ada di dunia ini diisi dengan kebaikan dan menjauhi segala larangan Tuhan atau sebaliknya.
- kemuliaan hakiki dan bersifat abadi apabila di dada seseorang diisi dengan ketakwaan.
No comments:
Post a Comment