Bila tibanya penghujung tahun, salah satu soalan yang sering dilontarkan oleh mereka yang beragama Kristian kepada penganut Islam ialah seperti berikut:
Kalau benar umat Islam beriman kepada Yesus Kristus, mengapa mereka tidak berserta bersama dengan penganut Kristian menyambut Hari Natal sepertimana mereka memperingati Maulid Nabi?
Bagi kita, ini merupakan satu soalan yang sememangnya menarik dan perlu diberikan perhatian yang sewajar. Sebenarnya, ada beberapa sebab mengapa umat Islam tidak merayakan Hari Natal seperti yang dilakukan oleh penganut beragama Kristian.
Pertama sekali, perlu kita faham bahawa Hari Natal atau Krismas tidak ada kaitannya dengan Yesus Kristus. Perkara ini mungkin memeranjatkan bagi kebanyakkan orang tapi hakikatnya ialah tidak ada sebarang bukti atau dalil kukuh dari kitab Perjanjian Baru atau mana-mana buku sejarah yang mengatakan bahawa Yesus lahir pada 25 Disember. Cuba kita lihat beberapa pendapat.
“It is doubtful that Jesus was truly born on December 25th. Some early church fathers believed it to have been December 25th, but the Bible does not say when Jesus was born. The Bible does not even really tell us what season he was born. The early church declared December 25th to be Jesus’ birthday in order to replace a pagan Roman holiday.” (John Benza, Power to Change)
“The exact date of Christ’s birth is not known” (Encyclopaedia of Early Christianity)
“Was Jesus born on December 25? There is no evidence for this date. So then, who decided that Jesus' birth would be celebrated on that date? The early Christian church did not celebrate Jesus' birth. It wasn't until A.D. 440 that the church officially proclaimed December 25 as the birth of Christ. This was not based on any religious evidence but on a pagan feast. Saturnalia was a tradition inherited by the Roman pagans from an earlier Babylonian priesthood. December 25 was used as a celebration of the birthday of the sun god. It was observed near the winter solstice.”
(dari laman web allaboutjesuschrist.org)
Kedua, menurut bukti sejarah, tarikh Disember 25 merupakan sambutan hari kelahiran dewa matahari di zaman empayar Rom. Bila empayar Rom yang dahulunya mengamalkan penyembahan berhala menerima agama Kristian sebagai agama rasmi, perayaan hari kelahiran dewa matahari ditukar-ganti dengan menyambut hari kelahiran Yesus Kristus sebagai anak Tuhan. Ikuti penjelasan dibawah yang dipetik dari buku Jesus Christ, Our Promised Seed:
“In 274 A.D., the Romans designated December 25 as the birthday of the unconquered sun, being the time when the sun begins noticeably to show an increase in light, resulting in longer daylight hours. By 336 A.D., the church in Rome was adapting this festival, spiritualizing its significance as a reference to Jesus Christ and calling it the ‘Feast of the Nativity of the Sun of Righteousness.’ Attempting to Christianize and incorporate the pagan traditions of antiquity, the church in Rome adopted this midwinter holiday celebrating the birth of the sun god as one of its own observances, somewhat changing its significance, but retaining many customs of the pagan festival. As the Roman church spread its influence religiously and militarily, this holiday of December 25 became the most popular date in Christendom to celebrate the birth of Jesus Christ. A special mass was established for Christ, hence, the name, ‘Christmass,’ abbreviated ‘Christmas.’”
“One widespread explanation of the origin of this date is that December 25 was the Christianizing of the dies solis invicti nati (‘day of the birth of the unconquered sun’), a popular holiday in the Roman Empire that celebrated the winter solstice as a symbol of the resurgence of the sun, the casting away of winter and the heralding of the rebirth of spring and summer.” (Encylopaedia Britannica)
Pendek kata, tarikh Disember 25 dan sambutan Krismas bertitik tolak dari pemujaan berhala yang jelas berunsur syirik dan sesat. Ia bukan hari kelahiran Isa al Masih (as) yang sebenar tapi diwujudkan untuk meraikan kelahiran dewa matahari yang disembah oleh masyarakat Rom ketika itu. Oleh kerana Islam menegah umatnya dari terlibat dalam perkara-perkara yang mengandungi unsur syirik dan batil, maka sewajarnya kita perlu menjauhi diri dari menyertai sambutan Hari Natal.
Ketiga, menurut gambaran tentang kelahiran Yesus yang diberikan dalam bab 2, ayat 8 dalam Injil Lukas, semasa beliau lahir “gembala-gembala yang tinggal di padang menjaga kawanan ternak mereka pada waktu malam” (Al Kitab Indonesia Terjemahan Baru). Ini membawa maksud bahawa para pengembala kambing berada di kawasan padang terbuka pada waktu malam bersama-sama dengan haiwan ternakan mereka.
Kalau peristiwa ini dikatakan berlaku pada penghujung bulan Disember ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Ini kerana bumi Palestin pada setiap bulan tersebut mengalami musim sejuk, sepertimana di Eropah. Sudah tentu ia bukannya masa yang sesuai untuk menternak haiwan di kawasan terbuka kerana kemungkinan besar si pengembala dan haiwan ternakkannya akan mati kesejukan bersama.
Jadi, berkemungkinan besar Yesus Kristus lahir lebih awal dari bulan Disember, iaitu semasa musim panas yang membolehkan haiwan ternakan dilepaskan untuk berkeliaran di kawasan padang terbuka walaupun pada waktu malam. Hanya cuaca musim panas yang dapat mengizinkan perkara sedemikian.
Keempat, dalam kitab Perjanjian Baru tidak disebut bahawa Yesus Kristus menyambut hari lahirnya atau menyuruh para pengikut untuk memperingati tarikh kelahiran beliau. Malah tidak ada sebarang rekod yang membuktikan pengikut Yesus yang terawal mahupun generasi yang seterusnya merayakan hari kelahiran beliau.
Dan kelima, tidak ada sebarang nas atau dalil dalam sumber-sumber Islam yang mewajibkan atau menyuruh umat Nabi Muhammad (sas) untuk merayakan Hari Natal mahupun hari kelahiran mana-mana nabi atau rasul yang diutus oleh Allah s.w.t.
Dalam Islam, hanya ada 2 perayaan keagamaan yang mesti disambut, iaitu Hari Raya Eid-ul Fitr dan Hari Raya Eid-ul Adha atau Hari Raya Korban. Perayaan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad (sas) merupakan satu bidaah kerana ia tidak pernah diajar oleh Nabi (sas) dan tidak disambut oleh para sahabat baginda, sepertimana yang dilakukan oleh segelintir umat Islam hari ini. Kalau sambutan Maulid Nabi itu merupakan bidaah, apatah lagi menyambut Hari Natal yang tidak ada kaitannya dengan kelahiran Isa putera Maryam (as).
Maka marilah kita sama-sama menjunjung tinggi sunnah Nabi (sas) dan ajaran Islam yang sebenar. Janganlah kita secara membuta tuli berturut serta merayakan sesuatu perayaan keagaaman yang telah jelas kesesatan dan kesyirikannya. Perlu kita ingat, bila penganut Kristian merayakan Hari Natal mereka bukan sekadar memperingati tarikh lahir seorang nabi berketurunan Bani Israel tapi seorang manusia yang mereka anggap sebagai Anak Tuhan yang telah turun ke bumi dari syurga untuk mati di tiang salib sebagai menebus dosa manusia.
Pegangan ini jelas bercanggah dengan akidah suci Islam yang menegaskan bahawa Isa al Masih (as ) bukan Tuhan atau Anak Tuhan tapi seorang nabi pilihan dan pesuruh Allah yang diutuskan kepada Bani Israel untuk membawa mereka kembali kepada syariat Nabi Musa (as) yang sebenar dan mengesakan Allah Yang Tunggal.
Begitulah antara beberapa sebab mengapa umat Islam tidak menyambut upacara Hari Natal dan mengapa mereka perlu memastikan supaya tidak terlibat dalam apa jua cara sekali pun. Dan Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.