Sunday, August 29, 2010

ROH DI BULAN RAMADHAN

Artikel ini telah dihantar oleh salah seorang ahli Remaja Masjid (http://groups.yahoo.com/group/remaja_masjid/ ). Bagi saya, ia mengingatkan saya jangan lupa kepada mereka yang telah tiada. Semoga artikel ini juga membantu anda mengingatkan kepada mereka yang telah pergi lebih awal daripada kita semua..


" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"



Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus
ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.



wallahua'lam

Sunday, August 15, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI





Ramadhan datang lagi.. Kepada semua penggunjung blog ini,saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan. Semoga puasa dan ibadah kita pada bulan ini diberkati Allah. Semoga kita berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik. Insyaallah.




TINTA PENULIS

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnian-Nya dapat saya menubuhkan blog saya sendiri walaupun saya tidak tahu sangat pasal blog ni.hehehe. (^.^)v

Titik noktah (bukan noktah erna yerk..!hehe)untuk saya berminat untuk membuat blog sendiri apabila melihat blog abang sepupu saya http://ilhamcitra.blogspot.com dan juga kakak sepupu saya http://heijihatsutori43171.blogspot.com yang nampak sangat menarik dgn pelbagai entry membuatkan hati saya berkobar-kobar untuk mencipta blog sendiri walaupun saya tahu hakikat sebenar,saya tak pandai menulis atau berkata-kata. saya just aci redah je..bidan terjun katakan..

Saya harap,dengan adanya blog ni saya dapat mengisi masa lapang saya dengan menulis..tak de la asyik makan tidur makan tidur je..( my bad habit..huhu) Saya juga berharap para folower saya ( macam la ada..huhu) jangan jemu untuk membaca entah apa-apa entry yang saya akan letak and also jangan jemu menunggu saya meng'update'kan blog saya.. sebab saya ni bukan rajin sangat..hihi..(harap-harap saya ni jangan la hangat-hangat tahi ayam je..huhu)

Akhir kata, selamat membaca buat mereka yang sudi membaca & menjenguk blog saya walaupun seketika dan untuk diri sendiri,SELAMAT MENULIS!semoga blog ini sentiasa di update..

sekian,wassalam..
have a nice day!=)

Yang benar,

~rai2804~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...