Showing posts with label remaja masjid. Show all posts
Showing posts with label remaja masjid. Show all posts

Friday, November 5, 2010

15 TANDA ORANG MALAS


1. Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukannya.

2. Mereka yang bolih melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.

3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.

4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar untuk melakukannya.

5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.

6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak
melakukannya.

7. Mereka yang diberi mudah untuk melakukan tetapi menggap payah untuk
melakukannya.

8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa banyak telah melakukannya.

9. Mereka yang biasa melakukan tetapi tetapi mengelak untuk melakukannya.

10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.

11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.

12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.

13.Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.

14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.

15. Mereka yang berdaya tetapi berpura pura tidak boleh melakukannya.

Maka Rajinkanlah walaupun tidak dipaksa atau dipaksa melakukannya...

Syukran...Rajin rajin solat.^^

Sunday, October 17, 2010

MAKLUMAT MUSUH KITA..

Berikut merupakan maklumat tentang musuh kita, IBLIS yang dilaknat Allah


LATAR BELAKANG


Nama penuh : Iblis la'natullah

Tarikh kelahiran : sejak enggan sujud kepada Adam

Status diri : Fasiq kelas pertama

Agama : Kufur

Tempat tinggal : Hati orang yang lalai

Daerah : Semua yang didalamnya yang tiada usaha mengingati Allah

Arah perjalanan : Bengkang bengkok

Tempat tinggal : Neraka jahanam tetap

Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat

Kaum kerabat : Semua golongan Tirani



STATUS PERNIAGAAN




Modal pusingan : Angan-angan kosong


Tempat pertemuan : Pasar

Musuh/saingan : Setiap orang islam


Dalil/hujah : Fatamorgana (maya)

Motto kerja : Hipokrit Asas Akhlak


Uniform kerja : Segala warna seperti sesumpah. Setiap tempat ada warnanya

Kesukaannya : Orang yang lalai mengingati Allah

Yang melemahkannya : Istighfar

Lambang korporat : Sebarang tatu

Pejabat/bilik operasi : Tandas atau bilik air

Sifatnya : Muzabzah (menurut keperluan)

Rakan kongsi : Golongan munafik

Sumber rezeki : Harta haram


Jenis perkhidmatan : Menggalakkan kemungkaran


Hala perjalanan : Jalan ke Neraka

Laba perniagaan : Habaun Manthura (masuk angina keluar asap)


Teman sejawat : Orang yang berdiam diri tidak mengatakan kebenaran

Jenis tunggangan : Pembohongan


Ganjaran : Dosa dan segala jenisnya

Kaedah komunikasi : Mengumpat, mengadu domba, dan mengintip


HAL-HAL LAIN YANG BERKAITAN



Makanan yang disukai : Daging orang mati (Ghibah)


Yang ditakuti : Mukmin yang bertakwa

Yang dibenci : Orang yang sentiasa mengingati Allah

Daya tahan : Sesungguhnya tipu daya syaitan sangatlah lemah

Perangkapnya : Wanita

Kegemarannya : Menggoda dan menyesatkan

Cita-citanya : Supaya semua orang kafir

Kerja paling disukai : Homoseks dan lesbian

Kod isyarat pertuturan : Aku untuk pengikutnya

Para penghibur : Seniman dan senimwati

Janji-janjinya : Menjanjikan kekafiran


Petikan dan susun suai diambil daripada Kitab Al-Waqayah Min Al-Jin Wa Al-Syaitan

DOA KU UNTUK MU "SAHABAT"


"Ya Allah, Jadikan seluruh perbuatan kami amal soleh dan
jadikanlah perbuatan itu semata-mata untuk mencapai redhaMU dan
bukan mencari keredhaan orang lain" -- Umar Al-Khattab








Doa ku untuk mu...
dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang..



Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat ......


Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ...
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.


Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.


Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah



Yakinlah segala nikmat yang diperolehi itu datangnya dari Allah SWT.
Walaupun sedikit apakan lagi banyak kita hendaklah sedar semuanya dari Allah SWT.

Sunday, August 29, 2010

ROH DI BULAN RAMADHAN

Artikel ini telah dihantar oleh salah seorang ahli Remaja Masjid (http://groups.yahoo.com/group/remaja_masjid/ ). Bagi saya, ia mengingatkan saya jangan lupa kepada mereka yang telah tiada. Semoga artikel ini juga membantu anda mengingatkan kepada mereka yang telah pergi lebih awal daripada kita semua..


" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"



Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus
ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...