Saturday, July 21, 2012

Jagalah MATA






Alhamdulillah ...
Kita masih mampu melihat segala yang ada di dunia ini dengan mata kasar. Selagi masih boleh digunakan dengan baik, maka eloklah digunakan ke arah positif; melihat benda-benda yang mambangkitkan semangat, menimbulkan keinsafan dan mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.

Mata mempunyai kaitan  dengan anggota-anggota badan yang lain. Mata memainkan peranan yang lebih penting kerana melaluinya tangan dan kaki. contohnya, tergerak melakukan sesuatu.


Ucapkanlah "Alhamdulillah' kepada Allah kerana Dia telah kurniakan satu nikmat yang besar kepada kita. dengan adanya mata dan penglihatan, kita masih boleh memandu ke tempat kerja, melakukan kerja-kerja seharian tanpa banyak bantuan daripada orang lain dan sebagainya.


Bagaimana untuk mencerahkan mata kita?
Minumlah air karot yang mengandungi mineral yang baik untuk kesihatan mata. Selain itu, lihatlah alam yang berwarna hijau seperti kawasan pergunungan dan pokok-pokok. Indah sungguh ciptaan Allah yang dikurniakan untuk kita.


Melihat Al-Quran dan membacanya pula baik untuk mendapatkan pahala dari amalan mata. Maka selalulah membaca al-Quran dan elakkan memandang ke arah perkara-perkara maksiat yang mendatangkan dosa. Semoga kita mendapat makfirah, kasih sayang dan restu dari Allah s.w.t.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
 dan 
SELAMAT MELAKUKAN IBADAH PUASA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...