Friday, June 29, 2012

Hati Buta Sebab 10 Perkara

Ibarahim bin Adham, seorang ahli tasawuf yang masyhur, dikerumuni orang ramai semasa beliau ke pasar Basrah. Ada di antara mereka bertanya, mengapa doa mereka tidak dimakbulkan oleh Allah, sedangkan mereka selalu berdoa kepada-Nya? Maka beliau menjawab, " Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara...."

Sepuluh perkara yang disebut oleh Ibrahim bin Adham adalah:

1)    Kamu mengenal Allah s.w.t, tetapi kamu TIDAK TUNAIKAN HAK-NYA.
2)    Kamu mencintai Rasulullah s.a.w, tetapi MENOLAK SUNAHNYA.
3)    Kamu membaca AL-QURAN,  tetapi kamu TIDAK BERAMAL DENGANNYA.
4)    Kamu makan nikmat Allah s.w.t, tetapi KAMU TIDAK MENSYUKURI-NYA.
5)    Kamu berkata SYAITAN itu musuh kamu tetapi TIDAK MENENTANGNYA.
6)    Kamu berkata bahawa SYURGA itu benar, tetapi TIDAK BERAMAL UNTUKNYA.
7)    Kamu berkata bahawa NERAKA itu benar, TETAPI TIDAK LARI DARIPADANYA.
8)    Kamu berkata MATI itu benar, tetapi TIDAK BERSEDIA baginya.
9)    Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia tetapi LUPA KEAIBAN SENDIRI.
10)    Kamu kebumikan mayat tetapi TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR daripada mereka.




Tuesday, June 12, 2012

8 PAHALA YANG BERTERUSAN

Anas r.a berkata bahawa lapan jenis pahala yang tetap diterima seorang hamba Allah walaupun dia telah meninggal dunia iaitu :

1)    Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beramal ibadah.



2)    Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya.





3)    Sesiapa yang menulis mashaf ( naskah al-Quran yang bertulis tangan) selagi ada orang yang membacanya.




4)    Sesiapa yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.



5)    Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya, sama ada manusia ataupun burung.




6)    Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.


7)    Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuanya.



8)    Guru al- Quran yang mengajar ilmu kitab suci itu kepada muridnya dan si muridnya mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahalanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...