Friday, September 23, 2011

JANGAN MENCURI DALAM SOLAT

" sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. para sahabat bertanya : " wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?" Baginda menjawab : " ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya." (HR Ahmad)


suatu hari, selesai solat berjemaah, Rasulullah duduk bersama para sahabatnya di salah satu sudut masjid.tiba-tiba datang seorang laki-laki ke sebuah sudut lain dan langsung mengerjakan solat sendirian. dalam solatnya orang itu rukuk dan sujud dengan cara seperti mematuk-matuk ( sekejap-sekejap ) kerana terburu-buru.


melihat hal itu, kemudian Rasulullah berkata kepada para sahabatnya: " apakah kalian menyaksikan orang ini ?" barang siapa meninggal dalam keadaan [solatnya] seperti ini,maka ia meninggal di luar agama Muhammad".


nabi SAW kemudian memperumpamakan orang itu seperti buruk gagak yang sedang mematuk darah dan seperti orang lapar yang hanya makan sebutir atau dua butir kurma. " bagaimana ia boleh kenyang?", tanya baginda.


sikap terburu-buru dalam solat, hingga merosak gerakan dan makna solat,termasuk perbuatan dosa. hal itu sama saja denagn memusnahkan thoma'ninah yang merupakan salah satu rukun solat. padahal, tidak ada solat tanpa melengkapi rukun-rukunnya.


Jadi, dengan tidak dipenuhinya thoma'ninah, solat bukan sahaja tidak sah, tetapi solat itu dianggap tidak ada. Allah bahkan mengancam orang-orang yang solatnya seperti itu dengan kutukan bahawa mereka akan celaka. Sebabnya, dengan meninggalkan thoma'ninah, mereka sudah lalai dalam solat. (QS al-ma'un:4)


mengapa Allah dan Nabi SAW mencela disamakan dengan mencuri?


sebab, solat adalah hubungan batin antara hamba dan Tuhannya. hubungan khusus itu mengandung makna penghambaan dan penghormatan kepada Pemilik Kehidupan, Allah Yang Maha Agung. Membuang thoma'ninah merupakan bukti bahawa orang yang melakukan solat itu tidak sungguh-sungguh dalam melakukan penghormatan terhadap Allah,bahkan hal itu juga termasuk penghinaan.


dalam hubungan antara sesama manusia saja terdapat budaya sopan santun,terutamanya terhadap yang lebih tinggi kemuliaannya. justeru, apatah lagi terhadap Allah  yang telah memberikan kepada manusia segala kenikmatan dalam hidup.


perhatikan hadis ini.
"Rasulullah SAW menjadikan rukuk,berdiri setelah rukuk(i'tidal) dan sujudnya,juga duduk antara dua sujud hampir sama lamanya."
(hadis riwayat imam Bukhari dan Muslim)


dan bandingkan pula dengan sembahyang kita. apakah rukuk,iktidal,sujud dan duduk antara dua sujud yang kita lakukan selama ini , sama lamanya???
rukuk kita..tak sampai pun 5 saat. sujud pun asal cecah dahi sahaja!


jangan rukukala kadar, jangan baca kelam kabut. ini semua boleh membatalkan sembahyang kita. begitu juga ketika iktidal. bangkitlah dari rukuk dengan tenang. bacalah dengan tertib. bacalah al - fatihah dengan tenag dan sempurna. jangan cepat-cepat nak sujud. tenangkanlah diri terlebih dahulu sebelum bergerak ke rukuk sujud.




dirikanlah solat dengan SABAR

jari-jemari kaki mesti melekap ke bumi.






Friday, September 2, 2011

Amalan Untuk Menangani Orang DEGIL atau KERAS KEPALA


“Innama amruhu izaa aradasyay-an an yaquula lahu kun fayakuun”

1. Setelah selesai  mendirikan setiap solat 5 waktu, bacalah ayat di atas sebanyak 7 kali.

2. Lakukan sebanyak 7 hari setiap waktu solat berturut-turut. Anda boleh mulainya dari mana-mana waktu sembahyang yang anda mahukan. Jangan tingal solat  satu waktu pun dalam masa 7 hari.

3. Setelah selesai  7 hari tersebut, anda bacalah pula ayat diatas sebanyak 7 kali. Kemudian anda tiupkan pada yang dihajati (isteri/suami/anak). Seboleh-bolehnya ditiupkan pada arah muka sama ada semasa sedar ataupun tidak sedar, dan semasa anda membacanya hendaklah anda niatkan hajat anda terhadapnya ketika samapi pada ayat “kun”.

4. Ulang lagi membaca ayat  itu sebanyak 7 kali, selepas solat  5 waktu lagi seperti  No 1 dan 2 di atas. Untuk memastikan ianya menjadi atau terkabul, buatlah sebanyak 7 kali pada orang tersebut dan diulangi sebanyak 7 kali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...